Social Icons

Featured Posts

Friday 4 October 2013

Teguran Seorang Ustaz Kepada Isteri Mat Yo


Baru tadi penulis ternampak paparan teguran pendakwah bebas iaitu Tuan Asmawi Tuan Umar kepada isteri pemain bole sepak terkenal Nor Shahrul Idlam Talaha mengenai kes memaki seorang pengawal keselamatan tengah bulan lalu. Jom baca teguran tersebut :

“Memang kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan Pakcik ini bapa kita, datuk kita, terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada. “Apakah pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo juga,” katanya.

Inilah Pekerjaan Yang Paling Berbahaya Di Dunia

Sedihnya melihat pekerja ini betapa beraninya mereka bertarung hnya untuk wang ribuan dengan nyawa permainan apabila terjadi kesalahan sedikitpun, mereka bekerja tanpa system safety yang sepatutnya wajib disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Pelik pada sikap manusia yang terlalu mengabaikan harga sebuah nyawa.





Hati-Hati Kalau Tapau Nasi Goreng


Adakah korang nampak kelibat haiwan cute dalam gambar di atas? Lain kali, pilihlah gerai yang bersih. Jangan main bedal je meskipun lapar. Kebanyakan kedai yang kotor ialah kedai mamak. Depan bukan main bersih, kalau pergi dapur... MasyaAllah!!


Kata-Kata Terakhir Model Rokok


Mr. Mc Laren bintang iklan MARLBORO MAN, 

menghidap kaser paru-paru dan akhirnya menjadi seorang ANTI ROKOK, dan meninggal usia 51 tahun.

Kata akhir sebelum meninggal:

"Take care of the children. Tobacco will kill you, and I am living proof of it" 

(Jagalah anak-anak. Rokok akan membunuhmu dan aku adalah saksi hidup akan hal itu)

Polis dicekup bersama kekasih di hotel


BATU PAHAT – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

“Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

Diserbu ketika memadu asmara


TELUK INTAN - Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi, malam kelmarin.

Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.

Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.