Social Icons

Friday 4 October 2013

Teguran Seorang Ustaz Kepada Isteri Mat Yo


Baru tadi penulis ternampak paparan teguran pendakwah bebas iaitu Tuan Asmawi Tuan Umar kepada isteri pemain bole sepak terkenal Nor Shahrul Idlam Talaha mengenai kes memaki seorang pengawal keselamatan tengah bulan lalu. Jom baca teguran tersebut :

“Memang kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan Pakcik ini bapa kita, datuk kita, terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada. “Apakah pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo juga,” katanya.

“Ingatlah saudara saudari sekalian, rintihan dan doa orang yang dizalimi itu di mata manusia ia sekadar kata-kata tetapi di pandangan Allah ia seperti halilintar yang menyabung,” katanya.


Baru-baru ini Siti Aisya dipercayai telah memuatnaik satu video beliau memaki hamun Pakcik Azman di terminal Subang Skypark, Subang selepas Pakcik Azman meminta dia mengalihkan kenderaan kerana sudah diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan.

Video selama 55 saat itu menunjukkan isteri Mat Yo memaki pengawal keselamatan itu dengan kata-kata bodoh dan juga menggelarnya ‘jantan dayus’ Kami kemudiannya pergi menemui Pakcik Azman dan mendengar penjelasannya sendiri yang akhirnya meluahkan bahawa isteri Mat Yo turut menendangnya. – mynewshub.my

SUMBER

No comments:

Post a Comment